Remaja lelaki ditahan bantu siasatan kes kanak-kanak maut

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

DUYONG 6 Julai – Seorang remaja lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik dalam kejadian di Kampung Bukit Piatu, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek yang berusia 14 tahun adalah anak sulung daripada empat beradik dan seorang pelajar sekolah arab yang tidak mempunyai sebarang rekod disiplin.

Katanya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengetahui motif kejadian dan siasatan lanjut.

“Permohonan reman akan dibuat esok (hari ini) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

5e681e32-c043-453a-9341-3e096fe71a1a
LOKASI kejadian kes seorang kanak-kanak maut dipercayai dicekik abangnya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pihaknya menerima laporan memaklumkan menyedari mengenai kejadian itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipantau menerusi telefon bimbit.

“Ketika kejadian, mangsa dan suspek tinggal berdua sahaja di rumah manakala kedua ibu bapanya bekerja.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher,” katanya.

Christopher berkata, susulan kejadian itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang dikhuatiri menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3733
Kongsi :
Previous post ‘Menggigil lihat si adik kebiruan’
Next post MBMB ajak lebih banyak sekolah sertai penggredan tandas
Ubah saiz-+=