Rentas negeri, penggiat industri pelancongan teruja

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 10 Okt. – Kebenaran merentas negeri diumumkan petang tadi adalah khabar gembira buat penggiat industri pelancongan Melaka setelah hampir sembilan bulan menantikan saat itu.

Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) Madelina Kuah berkata, pihaknya telah bersedia 100 peratus untuk menerima kehadiran pengunjung dari luar Melaka.

“Ramai yang teruja menantikan kebenaran rentas negeri ini, tapi kita harap prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19.

“Kita di Melaka memang dah bersedia termasuk SOP, cuma kita harap pengunjung ni ikut SOP termasuklah kita sendiri yang menerima kedatangan mereka.

“Janganlah menyusahkan orang lain, kita minta kerjasama daripada semua sebab dah lebih sembilan bulan kita nantikan khabar gembira ini,” katanya kepada MHI.

Ujarnya rata-rata penggiat industri di negeri ini teruja dengan kebenaran itu dan hanya menungu SOP yang baharu jika ada.

“Semua dah siap kita hanya tunggu SOP, kita sedia terima pengunjung tapi harap mereka faham dan ikut SOP diberikan,” katanya.

Terdahulu kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula esok, Isnin, 11 Oktober 2021.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

561
Kongsi :
Previous post KKM cadang wujud Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental
Next post Rentas negeri: Hotel lega, jangka tempahan meningkat 60 peratus
Ubah saiz-+=