RM150,000 baik pulih 10 rumah ‘miskin bandar’

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BUKIT KATIL 31 Julai – Sebanyak 10 buah rumah dalam pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dibaik pulih menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) tahun ini.

MBMB dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM150,000.

Baru-baru ini, satu lawatan kerja telah dilakukan Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Komuniti) Datuk Azhar Ahmad bersama wakil MBMB dan pemimpin setempat ke Bukit Pulau iaitu di tiga buah rumah penerima bantuan PPKB.

Menurut MBMB, lawatan kerja itu dilakukan bagi melihat sendiri kerja baik pulih di ketiga-tiga rumah yang telah disiapkan.

“Lawatan kerja ini melibatkan tiga buah rumah iaitu kediaman Rokiah Salleh, Umirah Atan dan Noraini Nordin yang mana setiap rumah diperuntukkan RM15,000.00 untuk kos penyelenggaraan.

“Ia termasuklah membabitkan kerja-kerja membaiki bumbung, siling dan kerangka rumah.

“Untuk makluman, KPKT telah meluluskan peruntukan RM150,000 bagi kerja-kerja baik pulih 10 buah rumah bagi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar tahun 2022 di bawah pentadbiran MBMB,” kata kenyataan MBMB.

Yang turut hadir pada lawatan kerja itu ialah Ketua Ahli Majlis MBMB Abd. Razak Abu, Pengarah Kejuruteraan MBMB Ir. Mansor Mohamad, Ahli Majlis Kawasan Bukit Katil Tamby Suleiman Tamby Abu Bakar dan Yap Hun Leong serta pemimpin setempat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1232
Kongsi :
Previous post Yew Gadget komited melabur demi masa depan e-sukan Melaka
Next post Permata Rim yang bakal berkilau
Ubah saiz-+=