Sorting by

×

Yew Gadget komited melabur demi masa depan e-sukan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BATU BERENDAM 30 Julai – Demi melihat kemajuan sukan elektronik atau e-sukan di Melaka, Yew Gadget komited untuk melabur demi masa depan sukan itu di negeri ini.

Pengarah Yew Gadget Malaysia Sdn Bhd, Yew Boon Xiang berkata, sebagai generasi muda yang baharu berusia 28 tahun, dia mahu melihat lebih ramai rakan seangkatannya dan golongan muda berbakat dalam bidang e-sukan untuk pergi lebih jauh.

Katanya, pelaburan itu dilakukan bagi melahirkan lebih ramai bakat baharu yang mampu menembusi peringkat antarabangsa.

“Setakat ini sudah beberapa program yang ditaja dan saya ingin melihat lebih ramai anak-anak muda yang berbakat dapat mengembangkan sayap ke peringkat lebih tinggi hingga ke antarabangsa kerana melihat kepada potensi e-sukan ini cerah pada masa akan datang.

“Di masa akan datang, saya sudi menaja lebih banyak program atau apa sahaja berkaitan e-sukan untuk pembangunan e-sukan ini khususnya di Melaka,” katanya pada sidang media Majlis Penutup Kejohanan Game-on ESports MISDEC, di sini, hari ini.

Hadir sama Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Khairul Adri Rosli, Pengerusi Jawatankuasa MISDEC Don Mardzi Ahmad Shamsuddin, Pengurus Besar Todak Academy Sdn Bhd Taufik Rizal Aminuddin dan Pengarah Urusan Hotel La Crista Datuk Rosthman Ibrahim.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3648
Kongsi :
Previous post Todak Academy rancang buka sekolah e-sukan
Next post RM150,000 baik pulih 10 rumah ‘miskin bandar’
Ubah saiz-+=