RM30,000 melayang, simpan barang kawalan ditempat tidak dilesenkan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

 

AYER KEROH 3 Feb – Akibat menyimpan barangan kawalan ditempat tidak dilesenkan, seorang peruncit didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Samchah Mohamad, 51, yag mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Samchah didakwa menyimpan barang kawalan iaitu minyak masak jenama Lesong (5kg) sebanyak 140 unit, gula pasir kasar CSR (1kg) sebanyak 216 unit, tepung gandum Bunga Cempaka (1kg) sebanyak 30 unit dan tepung gandum Cap Ros (850 gram) sebanyak 60 unit di tempat selain premis yang dilesenkan oleh Pengawal Bekalan barang berjadual.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh yang juga pemilik Era Prestij Resources di Melaka Halal Hub Serkam, kira-kira jam 3.30 petang pada 4 Oktober 2021.

Justeru dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 22 Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi memohon denda tinggi dikenakan dengan alasan perbuatan itu secara jelas sudah dinyatakan didalam lesen selain menyukarkan pemantauan pihak berkuasa.

Tertuduh kemudian merayu agar denda dikurangkan kerana baru setahun menjalankan perniagaan itu.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak mahkamah kemudian memerintahkan wanita terbabit didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda dikenakan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

781
Kongsi :
Previous post Tak perlu tutup sekolah tapi tambah baik SOP – Dr Akmal
Next post SOP PRN Johor hampir selesai – Khairy
Ubah saiz-+=