
Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rim tampil juadah tradisional
RIM 13 April – Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang diadakan Ahad ini (14 April).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar berkata, majlis yang berlangsung di Dewan Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin itu menyasarkan lebih 7,000 pengunjung.
Katanya, berbeza berbanding sebelum ini, rumah terbuka buat julung kali diadakan pada sebelah siang iaitu bermula jam 11 pagi, bagi memudahkan perjalanan majlis.
“Kita mengadakan kelainan pada sebelah siang sebab untuk memudahkan rakyat datang meraikan dengan tempoh masa yang lebih panjang berbanding malam hari.
“Lebih 10 juadah tradisional akan disajikan buat pengunjung yang datang hasil kesepakatan daripada keseluruhan kepimpinan akar umbi dari setiap kampung di kawasan ini.
“Saya mengambil kesempatan untuk menjemput kepada semua rakyat di negeri ini mahupun di luar untuk bersama sama memeriahkan sambutan ini demi mengeratkan hubungan silaturahim sempena lebaran yang dirai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JIMAT RM50, TAPI DAPAT BELI MACAM-MACAM
PENGKALAN BATU 29 September - Kupon bernilai RM50 yang diagihkan kepada orang ramai bersempena Jualan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) amat...
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
