
Rumah terbuka ‘dua dalam satu’
KUALA LINGGI 27 April – Rumah Terbuka Aidilfitri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum berlangsung meriah apabila dihadiri kira-kira 5,000 tetamu.
Menariknya, majlis yang diadakan di Kompleks Japerun Kuala Linggi, di sini, menampilkan kelainan dengan konsep dua dalam satu.
Selain sambutan Aidilfitri bersama masyarakat dan kepimpinan negeri, sambutan itu turut meraikan perkahwinan puteranya, Izhuan Ikhwan Ibrahim dan pasangannya Siti Nurul Hatiah Jamaluddin.
Persandingan ‘Raja Sehari’ dan rumah terbuka yang berlangsung serentak itu dihadiri masyarakat berbilang kaum, sekali gus melambangkan keharmonian dan perpaduan di negeri ini.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.
Program yang bermula seawal jam 10 pagi itu disajikan dengan pelbagai juadah kepada orang ramai disusuli dengan acara perarakan masuk pengantin ke pentas pelamin pada majlis itu.
Tun Dr. Mohd Ali bersama kepimpinan negeri juga turut bersama meraikan pasangan pengantin selain beramah-mesra bersama masyarakat yang hadir pada sambutan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LAPORAN PENUH KEROSAKAN JALAN KORBAN DUA BERADIK DI KLUANG DIPEROLEHI DALAM MASA TERDEKAT
AYER KEROH 26 Mac - Laporan penuh berhubung kerosakan Jalan Persekutuan mengorbankan dua beradik di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara, Johor,...
YAYASAN TM, JAPERUN REMBIA KONGSI REZEKI BERSAMA GOLONGAN MEMERLUKAN
REMBIA 26 Mac - Kerjasama antara Yayasan TM dan Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, menjadikan Ramadan serta sambutan Aidilfitri...
DISKAUN TOL 50 PERATUS SEMPENA AIDILFITRI – ALEXANDER
KUALA LUMPUR 26 Mac – Kerajaan bersetuju memberikan potongan tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 bagi...
SENTUHAN RAMADAN BUKIT KENYALANG GROUP
KOTA LAKSAMANA 26 Mac - Syarikat berkaitan hartanah, pembangunan dan perhotelan, Bukit Kenyalang Group buat julung kalinya menganjurkan program kemasyarakatan...
BULATAN MITC DIBERI ‘SENTUHAN’ BAHARU
AYER KEROH 26 Mac - Bulatan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, bakal berwajah baharu menerusi pelaksanaan kerja-kerja landskap...
AKUAKULTUR: HASIL MENINGKAT, JANA PENDAPATAN LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 26 Mac - Nelayan tempatan diminta agar tidak melepaskan peluang dan bersama-sama menjayakan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperkasa,...