Perhebat promosi TVET, STEM di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

BANDA HILIR 27 April – Persatuan Teknologi Malaysia (TAM) akan memainkan peranan utama bagi mempromosikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negeri ini.

Presidennya, Ts. Tung Chee Kuan berkata, sebagai persatuan tertua di negara yang banyak melahirkan golongan profesional, TAM akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi dalam melahirkan kebolehpasaran graduan dalam bidang terbabit.

Jelasnya, TAM juga akan memainkan peranan sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang mampu menarik minat pelajar dalam dua bidang berkenaan.

“Kita melihat banyak institusi membabitkan STEM dan TVET tapi mendapati rekod kemasukan pelajar ke dalam bidang ini amat berkurangan.

“TAM akan memainkan peranan ini dengan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan kedua-dua bidang ini suapaya perkembangan teknologi ini mampu dikembangkan di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media 77th TAM National Annual Genereal Meeting, Conference and Annual Dinner di sebuah hotel di Banda Hilir, di sini, hari ini.

Persidangan yang dihadiri 200 golongan profesional dan pemain industri dalam bidang sains dan teknologi itu telah dirasmikan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin yanb mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Pengerusi TAM Cawangan Melaka, Ir. Ng Hsin Loon.

Mengulas lanjut Chee Kuan berkata, persatuan yang ditubuhkan pada 1946 itu akan mengorak langkah bagi memastikan lebih ramai golongan profesional dilahirkan dalam bidang TVET dan STEM di negara ini.

“Persatuan yang mempunyai 10,000 keahlian seluruh negara ini akan terus mempromosikan bidang ini supaya kebolehcapaian (accessibility) TVET dan STEM dapat mencapai pertumbuhan yang lebih positif.

“Jadi dengan itu kita mahukan kerjasama daripada Kerajaan Negeri supaya matlamat ini dapat dicapai suatu hari nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

288
Kongsi :
Previous post Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Melaka meriah!
Next post Rumah terbuka ‘dua dalam satu’
Ubah saiz-+=