ISTERI KETUA MENTERI TURUN PADANG RAIKAN PEJUANG KANSER, PENGHIDAP MASALAH BUAH PINGGANG DUN AYER LIMAU

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER LIMAU 26 Oktober – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer mengiringi isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Abd Aziz meluangkan masa menyantuni 73 pesakit kanser dan penghidap masalah buah pinggang sedang menjalani rawatan dialisis di DUN berkenaan.

Hameed berkata, Majlis Ramah Mesra Pesakit Kanser dan Dialisis DUN Ayer Limau di Kampung Ramuan China Besar, di sini, semalam, bertujuan menyuntik semangat serta memberi sokongan moral kepada mereka sedang diuji dengan masalah kesihatan agar lebih tabah dalam meneruskan kehidupan seharian.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan individu yang diraikan seramai 47 adalah penghidap kanser manakala 26 lagi pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis.

“Alhamdulillah saya bersama isteri Ketua Menteri Melaka, Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Abd Aziz berkesempatan menyantuni pesakit kanser dan mendapatkan rawatan dialisis di DUN Ayer Limau.

“Semoga semua yang diuji terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan. Diharap pertemuan ini membawa sedikit keceriaan dan semangat buat mereka sekeluarga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2026 10 26 at 6.04.44 PM
HAMEED beramah-mesra bersama tetamu yang hadir pada majlis berkenaan. Foto Facebook Hameed Basheer

Bersempena majlis sama Hameed Mytheen turut berkesempatan mengadakan lawatan menziarahi balu mantan Ketua Menteri Melaka yang keempat Allahyarham Datuk Setia Abdul Ghani Ali.

Dalam perkembangan lain, Hameed Mytheen berkata program bersama anak-anak orang kurang upaya (OKU) di DUN Ayer Limau dijadualkan berlangsung pada 28 Oktober ini dengan penyertaan kira-kira 150 peserta.

“Insya-Allah program ini akan dihadiri isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Utama Hamidah Khamis sebagai perasmi program yang akan diadakan di Masjid Tanah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

216
Kongsi :
Previous post FESTIVAL PERTUKARAN BUDAYA HIMPUN ENAM NEGARA DI MELAKA, SASAR 30,000 PENGUNJUNG