PRN MELAKA: CIKGU ROSLI RANGKA PEMBANGUNAN INKLUSIF DI KUALA LINGGI

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 26 Oktober – Datuk Rosli Abdullah mahu meneruskan agenda pembangunan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, selepas diberikan kepercayaan untuk mempertahankan kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Mesra dengan panggilan Cikgu Rosli, beliau berkata, pembangunan di DUN Kuala Linggi perlu dilaksanakan secara inklusif melibatkan aspek penyediaan lebih banyak infrastruktur, kebajikan dan pemerkasaan ekonomi.

Katanya, aspek berkenaan juga akan melibatkan semua golongan rakyat seperti warga emas, belia dan juga nelayan sekitar Kuala Linggi.

“Alhamdulillah, syukur kerana kepimpinan parti memberi kepercayaan kepada saya untuk mempertahankan DUN Kuala Linggi. Pengalaman sepanjang lima tahun lalu banyak mengajar saya, sekarang saya berasa seronok dengan cabaran, kita selesaikan satu persatu.

“Sebenarnya Kuala Linggi ini memiliki potensi besar dalam sektor pelancongan, banyak lokasi dan pantai menarik diyakini mampu menggamit pengunjung ke DUN ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, antara fokus lain beliau adalah untuk merealisasikan pembinaan sebuah masjid baharu di DUN berkenaan dan mewujudkan kawasan pelancongan baharu di muara yang mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baharu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

129
Kongsi :
Previous post ICYM BANTU IKHWAN FARIS TERBANG TINGGI, RAIH DUA ANUGERAH