Sah, Zainal digugurkan Melaka United

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) mengesahkan Zainal Abidin Hassan tidak akan disambung kontrak sebagai ketua jurulatih skuad Hang Tuah.

Dalam satu kenyataan, MUFC merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala jasa, keringat dan pengorbanan legenda bola sepak negara itu sepanjang mengemudi pasukan itu sejak tiga tahun lalu.

“Kami di Melaka United FC amat menghargai segala yang telah beliau curahkan buat pasukan dan bolasepak negeri Melaka selama mengemudi Skuad Hang Tuah.

“Kami di Melaka United FC mendoakan semoga beliau diberikan kesihatan yang baik, maju jaya dalam karier kejurulatihan bolasepak selepas ini dan dapat terus mencurahkan bakti buat bolasepak negara pada masa hadapan.

“Terima kasih Zainal Abidin Hassan, jasa anda akan tetap kami kenang selamanya dan sehingga bertemu lagi,” kata kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi MUFC.

Untuk rekod, beliau menyertai Skuad Hang Tuah pada November 2018 menggantikan E Elavarasan selepas membimbing pasukan Pulau Pinang.

Sepanjang membimbing Melaka United, beliau telah membawa pasukan melakar pencapaian terbaik setakat ini dalam saingan Liga Super Malaysia iaitu di tempat ke-6 liga pada musim 2019.

Di bawah bimbingan beliau juga hampir melakar sejarah baharu bola sepak Melaka apabila hampir membawa Skuad Hijau Putih ke pentas Akhir Piala Malaysia buat pertama kali musim lalu.

Namun, mereka tewas kepada KL City FC pada Penentuan Sepakan Penalti di Separuh Akhir.

Pencapaian itu bagaimanapun menyamai pencapaian pasukan bolasepak Melaka dalam tempoh 38 tahun ke Separuh Akhir Piala Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1127
Kongsi :
Previous post Peningkatan kluster pendidikan: Kerajaan tunggu laporan jawatankuasa protem – PM
Next post Ragbi: Isu dana, pemilihan lokasi stadium dirujuk kepada MSN
Ubah saiz-+=