
Saraya dilantik KSU MOTAC baharu
Mengumumkan perkara itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan Saraya, 59, adalah berdasarkan kelayakan, ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman luas beliau sepanjang memegang beberapa jawatan dalam pelbagai bidang.
Saraya pernah memegang jawatan dalam bidang sumber manusia dan perancangan dasar dan strategik terutama di Jabatan Perkhidmatan Awam dan MOTAC.
“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimilikinya, beliau dapat memacu sektor pelancongan dan kebudayaan Malaysia sebagai antara penyumbang utama kepada ekonomi negara,” kata Mohd Zuki.
Saraya telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik bermula pada 1 Ogos 1989 dan mempunyai Ijazah Sarjana Pentadbiran Am dari Universiti New York, Amerika Syarikat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEGENDA MUZIK ‘ZAITON SAMEON’ BERSINAR DI BAZAR IKONIK BANDA HILIR
BANDA HILIR 19 Februari - Pada usia 70 tahun, legenda muzik 'Zaiton Sameon' masih memukau dan membuktikan semangat berkaryanya tidak...
20,000 PENGUNJUNG SERBU BAZAR IKONIK BANDA HILIR
Banda Hilir 19 Februari – Bazar Ikonik Banda Hilir mencatat kehadiran 20,000 pengunjung sepanjang tujuh hari pembukaannya sempena cuti panjang...
PACU EKONOMI ANAK MUDA PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 19 Februari - Menggilap potensi anak muda menjadi antara fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput,...
MELAKA JEMPUT PELANCONG RASAI PENGALAMAN IFTAR, KACAU DODOL
BANDA HILIR 19 Februari - Kira-kira 2,000 pengunjung dan pelancong dijangka membanjiri perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir bersempena majlis...
JALAN BATANG TIGA-TANGGA BATU, MASJID TANAH-SUNGAI UDANG BAKAL DINAIK TARAF
AYER KEROH 19 Februari - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sedang menjalankan kajian menaik taraf dua laluan...
PAYA RUMPUT DAPAT 4 SEKOLAH BAHARU DALAM 5 TAHUN
PAYA RUMPUT 19 Februari - Pembinaan beberapa sekolah baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput membuktikan manifestasi komitmen Kerajaan...

