Sasar kebolehpasaran anak istimewa meningkat 86 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 30 April – Kerajaan Negeri menyasarkan tahap kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di Melaka bagi tahun ini mencapai 86 peratus .

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, sasaran itu adalah berdasarkan kepada tahap kebolehpasaran MBPK 2023 yang meningkat kepada 83.4 peratus berbanding 78 peratus pada tahun 2022.

“Peratusan tahun lalu itu termasuk anak-anak istimewa berjaya menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi, ini terbukti bakat dan kebolehan mereka sangat diperlukan pada masa kini.

“Mereka ini dididik untuk bekerja selepas tamat sekolah, mereka akan dilatih bekerja di pelbagai lapangan seperti sektor industri, kulinari dan lain-lain.

“Walapun mereka ini daya kebolehan kurang daripada orang lain, tetapi sebenarnya ada insentif diberikan iaitu sejumlah RM1,500 kepada setiap majikan yang ambil mereka bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival MBPK 2024 di Melaka Mall, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Instruksional, Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Mohd Anuar Abdullah dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Mohd Ghazali Ahmad.

Terdahulu Rahmad meraikan kira-kira 2,000 anak-anak istimewa yang menyertai pertandingan dianjurkan pada karnival berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

63
Kongsi :
Previous post LHDN Melaka sasar kutipan hasil RM2.1 bilion
Next post Pusat keagamaan lakukan aktiviti mencurigakan: 11 individu dipanggil bantu siasatan
Ubah saiz-+=