LHDN Melaka sasar kutipan hasil RM2.1 bilion

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 30 April – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Melaka menyasarkan mampu mencapai kutipan hasil sebanyak RM2.1 bilion tahun ini.

Pengarahnya, Mohd Shahriz Ramli berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan jumlah kutipan yang berjaya diperoleh pada tahun lalu adalah sebanyak RM1.91 bilion.

“Setakat ini jumlah hasil berjaya dikutip adalah menghampiri RM500 juta dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

“Untuk mencapai sasaran (RM2.1 bilion), agak sukar namun kita akan usahakan dan jika dilihat pada ‘trend’ pembayaran pada setiap suku tahun dengan jumlah kutipan menghampiri RM500 juta, insya-Allah sasaran itu boleh dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Libat Urus LHDN Melaka bersama Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika) di Pejabat LDHN negeri di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Operasi Seksyen Siasatan Melaka, Norazah Harun dan Pengerusi Pendika, Amir Mamat.

226a7a5d F623 4485 8a61 60a589ff4e09
Program Libat Urus LHDN Melaka bersama Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika) di Pejabat LDHN negeri di Ayer Keroh.

Mohd Shahriz berkata bagi mencapai sasaran itu, pihaknya akan mempergiatkan usaha dan memburu mana-mana individu termasuk individu berjawatan tinggi serta ahli politik supaya menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Katanya, tahun ini pihaknya mengesan dua ahli politik dalam negeri ini antara 10 individu yang disekat ke luar negara selepas gagal membayar tunggakan cukai mencecah puluhan ribu sejak beberapa tahun lalu.

“Pembayar cukai ini tidak kira ahli politik mahupun ‘seseorang’ yang berjawatan tinggi, kita tetap kategorikan pembayar cukai dan jika gagal melunaskan tanggungjawab, sekatan perjalanan akan dikenakan sebagaimana orang-orang biasa.

“LHDN negeri akan kejar mereka ini (ahli politik dan berjawatan tinggi) dan pastikan mereka patuh pada pembayaran cukai kerana mereka ini adalah ‘lapisan’ pertama kepada masyarakat serta perlu menjadi contoh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

100
Kongsi :
Previous post Biotoksin masih lebih had selamat, penternak diminta jangan jual kupang – DOF
Next post Sasar kebolehpasaran anak istimewa meningkat 86 peratus
Ubah saiz-+=