Sorting by

×

Segera daftar Institusi Pendidikan Islam Swasta di Melaka – KM

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BUKIT PALAH 25 Jun – Kerajaan negeri menggesa Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) di negeri ini supaya tampil segera dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pendaftaran premis itu perlu bukan sahaja untuk kebaikan dan keselamatan pelajar malah memudahkan JAIM dalam menyalurkan sumbangan.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya dimaklumkan pihak yang masih enggan berdaftar masih belum mengemukakan sebab khusus mengapa tidak berbuat demikian.

“Kita khususnya JAIM sedia membantu dan ada khidmat nasihat untuk yang belum berdaftar, ini bagi memudahkan mereka agar dapat lakukan permohonan.

“Kita tidak mahu struktur bangunan undang bahaya contohnya apabila dibina dilereng bukit. Apabila berdaftar akan dapat garis panduan serta dapat jamin keselamatan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Multaqa Institusi Pendidikan Islam Swasta Negeri Melaka 2022 Dengan Kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) Dan Composites Technology Research Malaysia (CTRM) Melaka di Masjid Al-Azim, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.

Sulaiman berkata, difahamkan terdapat 13 institusi daripada 115 yang direkodkan masih belum berdaftar di negeri ini.

“Sebanyak 28 yang berdaftar penuh, 73 berdaftar sementara dan satu masih dalam proses pendaftaran.

“Oleh itu saya menyeru kepada pengusaha dan pentadbir yang masih belum berdaftar penuh agar dapat segera memenuhi syarat seperti yang termaktub di dalam Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Melaka 2002 dibawah Enakmen 5(1),” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu turut diadakan penyampaian Bantuan Tahfiz Muta’aliq Negeri Melaka Tahun 2022 berjumlah RM3,000 kepada IPIS.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1969
Kongsi :
Previous post Cadang tram jadi mod pengangkutan awam baharu Melaka
Next post Kelulusan permohonan pekerja asing akan disegerakan
Ubah saiz-+=