
Cadang tram jadi mod pengangkutan awam baharu Melaka
SERI NEGERI 25 Jun – Pembinaan tram di Melaka menjadi intipati perbincangan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bersama Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di pejabatnya semalam.
Wee memaklumkan dalam kunjungan hormatnya selama satu jam itu, tram dicadang menjadi sebagai mod pengangkutan awam terbaharu di negeri ini.
Selain itu, katanya, turut dibincangkan ialah mengenai pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam dan isu keselamatan jalan raya.
“Pembangunan Lapangan Terbang Batu Berendam, isu keselamatan jalan raya dan cadangan pembinaan tram sebagai mod pengangkutan awam di negeri Melaka adalah antara perkara yang dibincangkan ketika saya menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam selama 1 jam di pejabatnya di Seri Melaka petang semalam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Wee berada di Melaka selama dua hari bagi menghadiri Majlis Makan Malam Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM).
Pagi ini, beliau dijadual menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ACCCIM 2022.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG AMBULANS
JASIN 26 Ogos - Seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah ambulans swasta di...
PPSPM SEDIA 33 BOT, SASAR 10,000 PENGUNJUNG 31 OGOS INI
SERI NEGERI 26 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyediakan 33 buah bot bagi menampung sasaran 10,000...
AYDA JEBAT SEDIA JADI ‘DUTA’ PROMOSI MELAKA MELALUI KARYA SENI
SERI NEGERI 26 Ogos - Pengiktirafan yang diterima daripada Kerajaan Negeri Melaka terus menyuntik semangat kepada penyanyi dan pelakon popular,...
SUKMA: 21 PINGAT EMAS BUKTI ATLET MELAKA SEMAKIN ‘MENYALA’
SERI NEGERI 26 Ogos - Kejayaan kontinjen Melaka meraih 21 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 membuktikan prestasi...
MELAKA SIAP SIAGA HADAPI CUACA PANAS EKSTREM, JEREBU
SERI NEGERI 26 Ogos - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) bersiap siaga menghadapi kemungkinan cuaca panas ekstrem...
TIGA CEDERA BAS DINAIKI TERBABAS ELAK LORI
JASIN 26 Ogos - Tiga termasuk seorang warga tempatan cedera selepas bas dinaiki terbabas ketika cuba mengelak sebuah lori yang...
