Semangat ‘srikandi’ bantu Melaka johan Liga Futsal Wanita

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

PASUKAN futsal wanita Melaka dinobat johan Liga Premier Futsal Malaysia (Wanita) dalam selepas menewaskan pencabar terdekat Selangor MBSJ 3-2 sebentar tadi.

Dalam aksi di Kompleks Sukan Negara Shah Alam itu, Melaka terlebih dahulu ketinggalan seawal minit ke-2 sebelum bangkit dengan dua gol yang dijaringkan Siti Asnidah Zamri (4′) dan gol sendiri oleh Norhawa Md Yasin (17′).

Meskipun begitu, Selangor MBSJ berjaya mengikat semula pada minit ke-31 sebelum Nur Syafiqah Zainal Abidin muncul wira menjaringkan gol kemenangan di saat-saat akhir.

Kemenangan aksi ke-10 liga itu menyaksikan Melaka muncul johan selepas mengutip 27 mata daripada 10 perlawanan dengan merekodkan sembilan kemenangan dan satu kekalahan.

Kekalahan tunggal Melaka ialah kepada Selangor MBSJ 1-2 pada aksi pusingan pertama lalu.

Sementara itu Pengurus Pasukan Futsal Wanita Malaysia, Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah ketika mengulas kejayaan itu berkata, kemenangan pasukan futsal itu adalah kejayaan yang perlu dibanggakan.

Beliau berkata, sepanjang perlawanan tuah dilihat tidak begitu memihak Melaka, namun setiap pemain tetap menunjukkan kemahuan tinggi untuk bergelar juara.

“Setiap saat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain Melaka, akhirnya mereka bangkit dengan menjaringkan gol kejuaraan pada saat-saat akhir pelawanan.

“Sebab itu saya kata kejayaan ini perlu dibanggakan kerana mereka menunjukkan kesungguhan untuk jadi juara.

“Semangat juang yang tinggi amat penting jika pemain mahu mengharumkan nama negara pada perlawanan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1338
Kongsi :
Previous post FAMA jayakan DAN 2.0 melalui pembangunan pusat rujukan pertanian berteknologi tinggi
Next post 3,238 graduan dirai dalam Majlis Idul Ilmi Konvo Unisza dari 27 – 30 Mac
Ubah saiz-+=