
Seorang maut, kereta dinaiki tujuh keluarga langgar belakang treler
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.10 pagi itu dan seramai lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.
Beliau berkata kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda Accord yang dinaiki wanita terbabit bersama enam ahli keluarganya yang melanggar bahagian belakang sebuah treler di laluan sama.
“Akibat kemalangan itu, wanita berusia 38 tahun tersepit di bahagian penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
“Suami mangsa yang berusia 50 tahun dan anak perempuan mereka berusia 11 tahun dilaporkan parah manakala empat lagi anak mereka termasuk pasangan kembar lelaki berusia antara lapan tahun hingga lapan bulan cedera ringan,” katanya.
Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR DUN ASAHAN TERIMA 154 ADUAN, 600 PERMOHONAN RAKYAT
ASAHAN 4 April – Sebanyak 154 aduan dan lebih 600 permohonan diterima dalam program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
ASAHAN MAMPU JADI MODEL KAMPUNG SEJAHTERA
ASAHAN 4 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan mampu menjadi modek Kampung Sejahtera di Negeri Melaka, kata Ketua Menteri...
PENDUDUK ASAHAN NIKMATI PELBAGAI LIMPAHAN NIKMAT DALAM 3 TAHUN
ASAHAN 4 April - Dalam tempoh tiga tahun ini, penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan telah mendapat pelbagai nikmat pembangunan...
WAJAH BAHARU WRUR 2026 BUKA TIRAI DI ALOR GAJAH
ASAHAN 4 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang diberi nafas baharu pada tahun 2026 ini membuka tirainya...
MELAKA TIDAK LAKSANA BEKERJA DARI RUMAH
ASAHAN 4 April - Kerajaan Melaka mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan dasar bekerja dari rumah membabitkan penjawat awam negeri. Ketua...
PAMERAN WANG LAMA HIMPUN KOLEKSI UNIK
BANDA HILIR 4 April – Pameran Wang Lama dan Setem menghimpunkan lapan pengumpul mata wang lama sekali gus mendidik masyarakat...
