Sidang DUN: Karnival Kerjaya ‘jentera’ basmi pengangguran

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 13 Disember – Karnival Kerjaya anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dianggap berkesan dalam membantu menurunkan kadar pengangguran di Negeri Melaka, tahun ini.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, ia dibuktikan apabila penganjuran itu berjaya mengurangkan kadar pengangguran sebanyak 3.0 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 3.6 peratus tahun lalu.

Sementara, pada suku tahun kedua sebanyak 3.2 peratus berbanding 3.6 peratus tahun lepas manakala suku tahun ketiga sebanyak 2.6 peratus berbanding 3.0 peratus tahun lepas.

“Kadar penggangguran setiap suku tahun kita akan tambah baik sampai sekarang pun kita sudah mencapai 2.6 peratus untuk suku ketiga di Melaka.

“Ini kerana Perkeso sepanjang tahun menganjurkan karnival kerjaya di Melaka di beberapa lokasi termasuk di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Seperti apa yang saya katakan di dewan tadi, usaha kita menaik taraf produk di Taman Laut Melaka di Pulau Undan dan Melaka Archipelago juga membantu memberi peluang pekerjaan buat rakyat Melaka pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1999
Kongsi :
Previous post Sidang DUN: Dr. Mohd Yazil Ketua Pembangkang Melaka
Next post Sidang DUN: 45 ‘hotspot’ baharu banjir dikesan, Melaka laksanakan projek mitigasi tahun depan
Ubah saiz-+=