Sorting by

×

SIDANG DUN MELAKA PENGGAL KELIMA BUKA TIRAI SECARA RASMI

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 24 April – Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas membuka tirai secara rasmi, hari ini.

Persidangan itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Terdahulu Tun Dr. Mohd Ali bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman tiba di perkarangan Dataran Seri Negeri pada jam 9.45 pagi.

Ketibaan Tun Dr. Mohd Ali disambut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan.

Tun Dr. Mohd Ali Kemudian memeriksa Istiadat Kawalan Kehormatan Utama sebelum berarak masuk ke Dewan Undangan Negeri bagi menyampaikan ucapan pembukaan persidangan.

Seterusnya, beliau menyampaikan ucapan perasmian pembukaan persidangan dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Sidang DUN kali ini berlangsung selama tiga hari bermula 24, 27, 28 dan 29 April, di mana sebanyak 105 soalan lisan dan 106 soalan bertulis diterima.

Sebanyak dua usul akan dibentangkan dan dibahaskan iaitu berkaitan caj warisan dan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Buat julung kalinya juga sistem eDUN iaitu platform digital untuk pengurusan soalan, jawapan dan hal ehwal Dewan Undangan Negeri diperkenalkan secara rasmi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

343
Kongsi :
Previous post EMPANGAN JUS MODEL PERINTIS PROJEK SOLAR HIBRID
Next post TUN DR. MOHD ALI UCAP TAHNIAH PENCAPAIAN 3 TAHUN KERAJAAN NEGERI