SKM sasar semua masjid di Melaka tubuh koperasi

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 27 April – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka menyasarkan semua masjid di negeri ini menubuhkan koperasi menerusi Koperasi Gabungan Masjid-Masjid Negeri Melaka (KOGMAS) menjelang penghujung tahun ini.

Pengarah SKM negeri, Mustafa Kamal Mohd Nor berkata setakat ini 60 daripada 189 masjid di Melaka telah menubuhkan koperasi menerusi KOGMAS.

Bagaimanapun, jelas beliau daripada 60 masjid itu hanya 44 masjid yang aktif menjalankan perniagaan dan aktiviti.

“SKM telah meminta KOGMAS menerusi program MyBarakah Hab untuk membantu 15 peratus koperasi masjid tidak aktif bagi memberi ruang dan peluang menjana pendapatan dengan mengembangkan pelbagai barangan dikeluarkan hab terbabit.

“Sebagai contoh, MyBarakah Hab ada mengeluarkan air minuman Barakah diedarkan di masjid-masjid. Boleh dikatakan MyBarakah Hab ini adalah pusat sehenti mengeluarkan pelbagai jenis produk halal bagi membantu komuniti Muslim khususnya di negeri ini.

“Usaha menubuhkan koperasi di setiap masjid di Melaka adalah bagi menyahut saranan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan pada saya itu bukan perkara mustahil untuk dicapai,” katanya.

Whatsapp Image 2024 04 26 At 6.39.15 Pm
MUSTAFA Kamal.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Gerakan Koperasi 2024 yang dianjurkan SKM dengan kerjasama anggota koperasi negeri di Balairong MITC, di sini, semalam.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam; Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Tuminah Kadi @Mohd Hashim; Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM, Siti Azlin Ahmad Dauta; Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

214
Kongsi :
Previous post Meriahnya raya di Rembia
Next post Kebajikan warga Rembia jadi keutamaan – Fairul Nizam
Ubah saiz-+=