Sorting by

×

SOFIA MAHU BANGGAKAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERKAM 13 September – Terpilih mewakili negara di Assisi, Itali pada pertandingan World Finals of the Hippo English Language Olympiad merupakan satu tanggungjawab berat untuk anak muda kelahiran Serkam ini.

Namun, Sofia Mohamad Ashree, pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah ini bertekad mahu membuktikan sesuatu dan mengecap kejayaan bermakna dalam hidupnya dalam membanggakan keluarga dan Negeri Melaka.

Menurut Sofia, dia akan berangkat ke Itali pada 25 September dan dijadual turun beraksi di pertandingan akhir pada 29 September hingga 2 Oktober ini.

“Saya mengimpikan mahu mengecap kejayaan dan membawa pulang sesuatu untuk membanggakan negara dan Negeri Melaka dalam pertandingan itu.

“Diharap rakyat Melaka di luar sana dapat mendoakan saya bersama peserta Malaysia yang lain agar dapat meraih kejayaan paling berharga di sana,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dia ditemui selepas menerima sumbangan wang tunai daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang diwakili Setiausaha Politiknya Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid di Kampung Serkam Pekan, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Sofia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri di atas sumbangan dan suntikan semangat yang diberikan untuknya sebelum berlepas dan beraksi dalam pertandingan akhir itu nanti.

“Saya amat menghargai sumbangan ini dan akan cuba berusaha sebaik mungkin untuk membawa pulang sesuatu buat Negeri Melaka dan negara,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

460
Kongsi :
Previous post LEBIH 30 PROGRAM SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Next post ANUGERAH KHAS MAULIDUR RASUL IKTIRAF PERANAN ORGANISASI ISLAM