SOP Jumaat: 250 jemaah di masjid JAIM, 100 di masjid kariah dan institusi

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 1 Julai- Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menetapkan ketetapan baharu berkaitan jumlah jemaah bagi solat Jumaat dan solat fardhu serta solat jenazah di masjid dan surau di negeri ini berkuat kuasa esok.

Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-19 yang bersidang hari ini.

Katanya, berdasarkan ketetapan baharu itu, solat Jumaat bagi tujuh masjid di bawah pentadbiran JAIM membenarkan kapasiti seramai 250 jemaah yang terdiri daripada pegawai masjid dan jemaah dengan kaedah ditentukan oleh jawatankuasa masjid.

“Bagi masjid kariah dan institusi, jumlah maksimum dibenarkan adalah seramai 100 jemaah yang terdiri daripada pegawai masjid serta jemaah ditentukan oleh jawatankuasa.

“Manakala bagi surau, jumlah had maksimum kekal 50 jemaah terdiri daripada pegawai masjid dan jemaah ditentukan oleh jawatankuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah maksimum bagi semua masjid dan surau itu bagaimanapun tidak termasuk pegawai pemantau daripada agensi penguatkuasaan dan JAIM.

“Bagi solat fardhu lima waktu berjemaah dan solat jenazah, jumlah maksimum dibenarkan seramai 12 jemaah.

“Semua ketetapan itu berkuat kuasa esok sehingga ada ketetapan baharu lain, yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Dalam pada itu, Che Sukri mengingatkan jawatankuasa serta jemaah masjid dan surau mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana ditetapkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

449
Kongsi :
Previous post STPM 2020: 741 calon capai PNGK 4.00, 554 daripadanya golongan B40
Next post Pendengaran semakan kehakiman pelaksanaan Undi 18 pada 23 Ogos
Ubah saiz-+=