
Speaker DUN Johor akan maklumkan kekosongan kerusi Simpang Jeram kepada SPR
PONTIAN, 24 Julai – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, akan memaklumkan kekosongan kerusi DUN Simpang Jeram kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi whatsapp ringkas kepada Bernama hari ini, susulan pemergian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub, 61, pada Ahad malam.
Terdahulu, jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dibawa ke Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadut di Serkat, Tanjung Piai, dekat sini untuk disembahyangkan dan kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, pada pukul 12.05 tengah hari, hari ini.
Ahli Parlimen Pulai dan AHLI Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram itu, memenangi kedua-dua kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan mempertahankanya pada PRU15.
DUN Johor mempunyai 56 kerusi, yang mana Barisan Nasional memenangi 40 kerusi pada PRN lepas, diikuti Pakatan Harapan mempunyai 12 kerusi, tiga lagi merupakan Perikatan Nasional manakala MUDA satu kerusi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
