
SPR siap siaga kemungkinan PRU-15
KUALA LUMPUR 16 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada bila-bila masa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin berkata persediaan ini merangkumi perancangan yang menyeluruh meliputi aspek seperti belanjawan pilihan raya, peralatan dan logistik, pembangunan sistem, pengurusan sumber manusia dan latihan kepada petugas.
“Ini adalah penting bagi memastikan pengendalian perjalanan pilihan raya itu lancar dan sempurna terutamanya dalam tempoh pasca-COVID-19,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang meminta Perdana Menteri menyatakan tahap kesiapsiagaan SPR bagi menghadapi kemungkinan berlakunya PRU-15 dan perkembangan cadangan mengaplikasikan kaedah pengundian elektronik (e-undi) sebagai alternatif kepada kaedah konvensional dalam tempoh pasca-COVID-19.
Takiyuddin berkata  SPR juga akan mewujudkan lebih banyak pusat mengundi tambahan di  daerah mengundi yang mempunyai bilangan pemilih yang tinggi dan mengemas kini daftar pemilih dari semasa ke semasa.
Views:
Related

Berita Lain
MAHASISWA PERLU BERFIKIRAN BESAR, BERANI CIPTA PELUANG BAHARU – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mempersiapkan anak muda kelahiran bumi bertuah ini sebagai pemimpin masa hadapan...
MeSRa: ANAK MUDA ASET MASA HADAPAN NEGERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Kepimpinan Kerajaan Negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sentiasa mengutamakan kecemerlangan...
BANTUAN RAMADAN PERKASA PERANAN MASJID DAN SURAU DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 14 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM467,000 kepada Parlimen Alor Gajah bagi diagihkan kepada 33 masjid kariah...
JUALAN MANTAI AIDILFITRI DUN AYER LIMAU TAWAR AYAM RM5 SEEKOR
AYER LIMAU 14 Mac - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berpeluang mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5 seekor...
INISIATIF PERKASA BELIA MELAKA TERUS DIPERTINGKAT – KM
KUALA LINGGI 14 Mac - Kerajaan Negeri memberi tumpuan serius terhadap usaha memperkasa potensi anak-anak muda di negeri ini menerusi...
LEBIH 1,400 PENDUDUK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN CAHAYA SYAWAL
AYER LIMAU 14 Mac - Lebih 1,400 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pelbagai bentuk sumbangan sepanjang...

