
SPR siap siaga kemungkinan PRU-15
KUALA LUMPUR 16 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada bila-bila masa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan.
Takiyuddin berkata persediaan ini merangkumi perancangan yang menyeluruh meliputi aspek seperti belanjawan pilihan raya, peralatan dan logistik, pembangunan sistem, pengurusan sumber manusia dan latihan kepada petugas.
“Ini adalah penting bagi memastikan pengendalian perjalanan pilihan raya itu lancar dan sempurna terutamanya dalam tempoh pasca-COVID-19,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) yang meminta Perdana Menteri menyatakan tahap kesiapsiagaan SPR bagi menghadapi kemungkinan berlakunya PRU-15 dan perkembangan cadangan mengaplikasikan kaedah pengundian elektronik (e-undi) sebagai alternatif kepada kaedah konvensional dalam tempoh pasca-COVID-19.
Takiyuddin berkata SPR juga akan mewujudkan lebih banyak pusat mengundi tambahan di daerah mengundi yang mempunyai bilangan pemilih yang tinggi dan mengemas kini daftar pemilih dari semasa ke semasa.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

