SPRM belum buka kertas siasatan 101 tender rundingan terus

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 2 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum membuka kertas siasatan berhubung isu 101 projek perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion yang diberi secara rundingan terus ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, mengikut undang-undang, kaedah menerusi rundingan terus dibenarkan mengikut Arahan Perbendaharaan.

Bagaimanapun, pihaknya masih menjalankan beberapa tindakan termasuk meneliti senarai projek terbabit sama ada terdapat unsur rasuah atau salah guna kuasa.

“Setakat ini kita belum membuka apa-apa kertas siasatan berhubung perkara ini sebab kita perlu menganalisa tentang projek yang diberikan kepada mana-mana pihak.

“Seratus satu (101) projek itu betul tetapi untuk menilai setiap satu projek itu, adakah ia melibatkan rasuah atau tidak yang membolehkan kami menguatkuasakan undang-undang itu satu pekrara lain.

“Jadi, buat masa ini tiada kertas siasatan yang kita buka bagi menjalankan mana-mana isu dalam hal ini,” katanya ketika sesi berdialog bersama media pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Selatan di Hotel Hatten, di sini, hari ini.

Pada 24 Ogos lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan mengenai projek terbabit ketika menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan ketika bersidang di Dewan Rakyat.

Views:

438
Kongsi :
Previous post TYT beri kejutan rai anak merdeka
Next post JPJ Melaka lelong 153 kenderaan bermula RM6
Ubah saiz-+=