
SPRM lancar bilik gerakan PRN Melaka
AYER KEROH 8 Nov – Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi penyaluran maklumat berkaitan aktiviti rasuah dalam pilihan raya itu.
Menerusi kenyataan agensi itu, bilik gerakan itu dibuka bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai perbuatan rasuah atau salah guna kuasa berkaitan PRN
“Bilik gerakan PRN Melaka yang beroperasi dalam tempoh 24 jam akan dibuka di SPRM Melaka beralamat di No.2, Jalan Alai Perdana 16, Crystal Bay, Alai bermula hari ini,” kata kenyataan itu.
Mengulas lanjut, kenyataan itu turut memaklumkan orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan menerusi kiriman emel di alamat emel [email protected] atau menerusi talian talian 06-289 6011 atau 06-289 6000.
Dalam pada itu, SPRM mengingatkan calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan sebarang aktiviti melanggar undang-undang pilihan raya.
“Ia selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...

