SPRM Melaka buka pintu kepada CeIO

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BUKIT PALAH 8 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka membuka pintu seluas-luasnya kepada Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)
di setiap jabatan agensi di Melaka dalam usaha mencapai negeri bebas rasuah.

Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad berkata, beliau yang baharu tiga bulan bertugas di Melaka berhasat mencapai cita-cita itu selaras dengan dasar sedia ada di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

“Harapan saya Melaka bebas rasuah dan kita kena letak asas betul di mana dasar-dasar jabatan perlu dikaji semula dengan mengamnbil kira dasar kerajaan di bawah NACP.

“Kita akan garapkan usaha itu di peringkat negeri melalui usaha Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang akan diurus tadbir oleh pegawai-pegawai integriti bertauliah di setiap jabatan di Melaka.

“Kita SPRM Melaka buka pintu seluas-luasnya kepada pegawai-pegawai yang ditauliahkan ini untuk hadir ke pejabat kami untuk sama-sama membangunkan dan memacu Melaka bebas rasuah,”katanya.

PENGARAH SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad menghadiri solat jumaat di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka. Foto: MR. Azli

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Solat Jumaat Sempena Sambutan Ulang Tahun BPR/SPRM Ke 54 bertemakan ‘Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi’ di Masjid Al Azim di sini hari ini.

Turut hadir Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.

Solat Jumaat diimamkan pengawai SPRM, Penolong Penguasa Mohd Rasidi Mohd Jusoh yang juga membacakan khutbah Jumaat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1539
Kongsi :
Previous post ‘Maafkanlah saya’ – Sulaiman
Next post 10,000 Skuad Keluarga Malaysia bantu rakyat terkesan COVID-19
Ubah saiz-+=