10,000 Skuad Keluarga Malaysia bantu rakyat terkesan COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LUMPUR 8 Okt – Seramai 10,000 anggota Skuad Keluarga Malaysia akan digerakkan ke segenap pelosok negara bermula hari ini bagi membantu rakyat yang terkesan ekoran pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, skuad itu bakal menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara di bawah satu jentera.

“Bagi pelancaran hari ini sahaja, seramai 10,000 anggota Skuad Keluarga Malaysia telah bersedia untuk digerakkan ke segenap pelusuk negara bagi membantu rakyat yang terkesan ekoran pandemik.

“Jumlah ini dijangka bertambah apabila lebih banyak kementerian dan agensi serta sukarelawan Keluarga Malaysia mendaftarkan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan skuad berkenaan serentak PraPelancaran Keluarga Malaysia yang disiarkan di Auditorium Perdana, Wisma Radio Angkasapuri, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, skuad itu diterajui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Ia merupakan kolaborasi pelbagai agensi di bawah kementerian berbeza, pihak swasta dan pertubuhan￾pertubuhan bukan kerajaan (atau NGO).

“Bagi memastikan kejayaan idea Keluarga Malaysia ini, setiap kementerian dan agensi kini sedang giat mengenalpasti produk yang bersesuaian untuk diangkat menjadi sebahagian usaha membantu rakyat.

“Ini merupakan langkah untuk menyemai budaya khidmat, berorientasikan prestasi bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang memerlukan bantuan dan sokongan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

436
Kongsi :
Previous post SPRM Melaka buka pintu kepada CeIO
Next post Perancangan Belanjawan 2022 ditangguhkan
Ubah saiz-+=