Perancangan Belanjawan 2022 ditangguhkan

Masa Membaca:46 Saat

BATU BERENDAM 8 Okt – Melaka terpaksa menangguhkan pembentangan bagi merancang aspek Belanjawan 2022 negeri berikutan kemelut politik melanda ketika ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menjelaskan, sebelum ini pihak kewangan negeri sudah bersedia untuk melakukan pembentangan pada minggu lepas, namun terpaksa ditangguhkan.

“Sepatutnya pada minggu lepas bahagian kewangan sudah bersedia nak bentangkan, cuma tinggal lagi dalam keadaan yang sedikit kelam kabut tempoh hari, maka pembentangan itu terpaksa ditangguhkan,” katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah, di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Kesihatan Datuk Rahmad Mariman.

Terdahulu, Sulaiman menerusi laman Facebooknya mengalu-alukan rakyat negeri ini berkongsi pandangan dan syor untuk input belanjawan terbabit.

Beliau menyatakan Belanjawan 2022 memerlukan pendapat rakyat yang menjadi nadi dan kunci kemakmuran Negeri Melaka bagi merealisasikan ‘Bajet Rakyat’ yang benar-benar inklusif, selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

347
Kongsi :
Previous post 10,000 Skuad Keluarga Malaysia bantu rakyat terkesan COVID-19
Next post Norhizam enggan pulang hak kerajaan
Ubah saiz-+=