
SPRM terima dua laporan terhadap bekas menteri
PUTRAJAYA 2 Jun — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima dua laporan terhadap seorang bekas menteri kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan.
Laporan itu masing-masing dibuat oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan Zahin Zainal dan Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan di ibu pejabat SPRM di sini.
“Kami ada bukti yang kukuh. Kalau tidak ada benda ‘solid’ (kukuh) yang kami ‘pegang’, kami tidak akan ada di sini dan bebankan pihak berkuasa,” kata Zahin kepada pemberita sebelum membuat laporan tersebut.
Zahin diiringi Ketua Armada Sepang Shahmi Shamsudin yang mewakili Armada Selangor.
Seorang pegawai SPRM mengesahkan menerima dua laporan itu.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
MAIM SALUR RM450,000 BANTU USAHAWAN ASNAF BERSINAR
SERKAM 3 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited dalam membantu usahawan asnaf menerusi Dana Bantuan Perniagaan berjumlah...
MPHTJ BAWA KELAINAN RAMADAN, EDAR 2,000 BUBUR KACANG, PULUT HITAM
AYER KEROH 3 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengagihkan sebanyak 2,000 bekas bubur kacang dan bubur pulut...
BAZAR DI MELAKA TIDAK HAMBAR
PAYA RUMPUT 3 Mac - Dakwaan mengaitkan jualan peniaga Bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini terjejas susulan sambutan hambar...
KES CURI KABEL DI MELAKA MENURUN
AYER KEROH 3 Mac - Kes kecurian kabel di Melaka mencatat penurunan lebih 36 peratus tahun lalu apabila hanya 67...
‘PAY NOW CRUISE LATER’ TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA 30 PERATUS
BANDARAYA MELAKA 3 Mac - Diskaun sehingga 30 peratus ditawarkan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi pembelian tiket...
MELAKA JAMIN BEKALAN AIR CUKUP, PARAS 3 EMPANGAN UTAMA MENINGKAT
AYER LIMAU 3 Mac - Paras air di tiga empangan utama Melaka kini di paras stabil, sekali gus menjamin bekalan...

