
SPRM terima dua laporan terhadap bekas menteri
PUTRAJAYA 2 Jun — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima dua laporan terhadap seorang bekas menteri kerana didakwa melakukan salah guna kuasa ketika dalam kerajaan.
Laporan itu masing-masing dibuat oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Wilayah Persekutuan Zahin Zainal dan Koordinator Pemuda Negara Negeri Sembilan Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan di ibu pejabat SPRM di sini.
“Kami ada bukti yang kukuh. Kalau tidak ada benda ‘solid’ (kukuh) yang kami ‘pegang’, kami tidak akan ada di sini dan bebankan pihak berkuasa,” kata Zahin kepada pemberita sebelum membuat laporan tersebut.
Zahin diiringi Ketua Armada Sepang Shahmi Shamsudin yang mewakili Armada Selangor.
Seorang pegawai SPRM mengesahkan menerima dua laporan itu.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
MENANG MAJORITI BESAR BAKAR SEMANGAT AZRIL REALISASI ‘TEKAD KELUARGA REMBIA’
SERI NEGERI 16 November - Kejayaan meraih majoriti 5,993 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menjadi pembakar semangat...
MANDAT BAHARU, BAN HONG TUMPU NAIK TARAF KEMUDAHAN KESIHATAN DUN KELEBANG
SERI NEGERI 16 November - Menyegerakan usaha penambahbaikan dua kemudahan kesihatan menjadi antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelebang,...
‘UNDI ATAU TIDAK, SAYA WAKIL RAKYAT SEMUA WARGA GADEK’ – NADARAJAH
SERI NEGERI 16 November - Tidak membezakan sokongan politik menjadi prinsip dipegang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, S. Nadarajah...
TIGA AGENDA UTAMA MOHD RIDHWAN PERKASA AYER MOLEK
SERI NEGERI 16 November - Penambahbaikan infrastruktur awam, kemudahan sekolah agama serta penyelesaian projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) antara keutamaan...
ABDUL HAKIM TURUN PADANG TINJAU MASALAH PENIAGA, ISU RAKYAT
LENDU 16 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid, turun padang meninjau permasalahan dihadapi...
‘RAKYAT BUKAN LIHAT SAYA SAHAJA, TAPI YAKIN GABUNGAN BN-PN’ – HAMEED
SERI NEGERI 16 November - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau pada Pilihan Raya...

