Stesen jana kuasa terbesar Asia Tenggara di Pengkalan Balak

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

PENGKALAN BALAK 31 Mac – Stesen Jana Kuasa EDRA dibina membekalkan 2,242 megawatt (MW) sekali gus merupakan stesen terbesar dalam negara dan rantau Asia Tenggara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, stesen yang membekalkan tenaga itu mampu memberi manfaat lebih 4 juta kediaman akan dibekalkan dalam tempoh 21 tahun akan datang.

Beliau berkata, pembinaan stesen jana kuasa yang rendah karbon itu memberi impak besar dalam pelaburan negeri yang menerima RM6.6 bilion pelaburan daripada projek berkenaan.

“Sebanyak 2,242 MW elektrik akan dimasukkan dalam Grid Nasional hasil daripada stesen jana kuasa menggunakan kaedah kitaran gas turbin terbesar di Asia Tenggara.

“Pembinaan ini akan membekalkan satu kapisiti tenaga yang mencukupi dan ia mampu menarik lebih ramai lagi pelabur dalam projek akan datang termasuklah Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) di kawasan ini.

“Pembinaannya ini telah membuka 2,500 peluang pekerjaan untuk membangunkan stesen ini malah sejak ia dibina bermula Disember 2017 dengan kitaran 15 juta jam merekodkan tiada kemalangan jiwa berlaku dalam pembinaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Stesen Jana Kuasa Edra Melaka di Pengkalan Balak, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta tetamu lain.

SEKITAR lawatan ke Stesen Jana Kuasa Melaka Edra Melaka di Pengkalan Balak.

Dalam pada itu, Sulaiman berkata, pembinaan itu diyakini akan memberi manfaat kepada negeri ini terutamanya di dalam sektor perindustrian.

“Seperti sebelum stesen ini dibangunkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bekalan tenaga yang ada di Melaka mencukupi sehingga 2035 dan boleh tampung sehingga 20 tahun akan datang tetapi saya yakin apabila ada penambahan stesen ini ia akan lebih mencukupi lebih 20 tahun akan datang.

“Seperti sebelum ini syarikat Texas Instruments ingin beroperasi di negeri ini memerlukan teknologi yang tinggi dan memerlukan pengoperasian 24 jam jadi apabila kita mempunyai bekalan mencukupi ia sekali gus akan membawa lebih ramai pelabur seperti ini untuk beroperasi di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1900
Kongsi :
Previous post Fasa Peralihan Endemik: Orang ramai diingat tidak lalai
Next post Individu tak puasa boleh didenda RM1,000, dipenjara
Ubah saiz-+=