Stok daging korban sejuk beku untuk asnaf dan B40

Masa Membaca:1 Minit, 29 Saat

KESIDANG 2 Julai – Satu inisiatif dijalankan Koperasi Surau Al Hikmah Melaka Berhad bagi membantu golongan asnaf dan B40 apabila melaksanakan stok bekalan daging korban sejuk beku.

Ia bagi menampung keperluan makanan golongan itu untuk tempoh empat bulan akan datang.

Pengerusinya, Mohd Khairul Zaki Misbah, 47, berkata stok tersebut dijangka dapat memberi manfaat kepada hampir ribuan asnaf sekitar daerah Melaka Tengah yang terkesan dengan kenaikan harga bahan makanan terutama daging.

Katanya, pihaknya menyimpan sebahagian daripada 5,500 bungkus daging korban dalam bentuk sejuk beku dan ia dijangka mampu menampung sehingga Oktober ini.

“Kita ambil inisiatif ini bagi membantu golongon memerlukan khususnya asnaf dan mereka boleh mendapatkan bekalan daging sejuk beku ini secara percuma di surau ini.

“Korban tahun ini, surau kita melaksanakan ibadah korban dengan jumlah tertinggi dalam Melaka melibatkan 52 ekor lembu dan enam ekor kambing.

“Kalau kita lihat kepada statistik asnaf terutama di Daerah Melaka Tengah,  insya-Allah dalam selepas Zulhijjah, Muharam, Safar, Rabiul Awal ini masih ada stok daging korban untuk asnaf kita agihkan.

“Sekiranya ada kalangan asnaf yang mendengar maklumat ini, mereka boleh berhubung dengan Koperasi Surau Al Hikmah, kita boleh agihkan stok kepada mereka,” katanya.

24c5df19-3d00-41a2-b705-2592afa2a017
MOHD Khairul Zaki

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Karnival Melaka Qorban House 1444H / 2023, di Surau Al Hikmah, Taman Seri Pandan, Lorong Pandan, di sini, semalam. 

Mengulas lanjut Mohd Khairul berkata, penganjuran karnival program korban itu turut diserikan  dengan persembahan qasidah dan kuiz supaya lebih ramai umat Islam dapat memeriahkan majlis itu.

“Karnival ini diadakan ia bukan sekadar program sembelihan ternakan, kita juga mahu membantu golongan sasar yang kurang berkemampuan.

“Selain itu kita mahu menyemarakkan lagi suasana perayaan Aidiladha yang sepatutnya lebih meriah daripada Hari Raya Aidilfitri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2149
Kongsi :
Previous post Belajar bidang penternakan di madrasah
Next post PM gesa individu buat ciapan biadab berhubung kesihatan Presiden Pas mohon maaf
Ubah saiz-+=