Belajar bidang penternakan di madrasah

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

TABOH NANING 2 Julai – Pelajar berusia 11 hingga 17 tahun yang berminat mempelajari ilmu agama serta bidang penternakan ditawarkan untuk memasuki Madrasah Tahfiz Ulum An-Nur di Kampung Bukit Payung.

Pengasasnya Dr. Mazlan Ahmad berkata pada hujung pengajian, para pelajar dilatih mengenai ilmu keusahawan untuk dipraktikkan selepas tamat pengajian di madrasah tersebut.

“Madrasah ini baharu dibuka semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu dan pelajar pun masih belum ramai iaitu bawah 10 orang.

“Justeru, kita tawarkan pengajian ini kepada pelajar khususnya anak-anak asnaf yang ingin belajar di sini secara percuma.

“Selain ilmu agama mereka juga dapat belajar menjadi usahawan wakaf dalam bidang penternakan dan pertanian,” katanya.

IMG_8777
Suasana penduduk bergotong royong sempena Program Qurban 2023 Masyi Care Sdn Bhd di Madrasah Tahfiz Ulum An-Nur, Kampung Bukit Payung. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas Program Qurban 2023 Masyi Care Sdn Bhd di madrasah berkenaan di sini, semalam.

Ujarnya, masyarakat masih berpandangan pusat tahfiz hanya tempat melahirkan penghafal al-Quran atau mereka yang mahu memberi fokus dalam bidang ilmu agama.

“Sebab itu kita mahu memastikan pelajar mampu berdikari dan dapat memberi keseimbangan antara ilmu dunia serta akhirat.

“Kemasukan bila-bila masa sahaja, kalau mereka berminat boleh datang ke madrasah ini dan kita akan latih mereka sehingga berjaya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1873
Kongsi :
Previous post Pengawal keselamatan maut langgar lari
Next post Stok daging korban sejuk beku untuk asnaf dan B40
Ubah saiz-+=