
Suami isteri bergaduh, bayi tercurah minyak panas
DUYONG 11 Feb – Bayi berusia empat bulan dipercayai tercurah minyak panas dalam kejadian pertengkaran membabitkan ibu bapanya di Duyong, petang tadi.
Insiden malang itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, polis telah membawa si suami ke balai, manakala isteri dan bayi masih berada di rumah.
Katanya, hasil perbincangan bersama keluarga berkenaan, bayi itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.
Setakat jam 8 malam, hantaran itu telah mendapat lebih 200 tanda suka, 51 komen dan tiga perkongsian.
Melaka Hari Ini sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah berhubung kejadian itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,500 ATLET ‘RACECATION’ RANCAKKAN PELANCONGAN SUKAN MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 September - Melaka semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan sukan apabila kira-kira 1,500 peserta dari lebih 45...
‘NAK BERKASIH BIARLAH PADA YANG SAYANG, MEMINTA PADA YANG ADA’ – AB RAUF
AYER LIMAU 8 September - 'Nak berkasih biarlah pada yang sayang, meminta pada yang ada', kata Ketua Menteri Datuk Seri...
‘PUKUL 1 PAGI ADA, 2 PAGI PUN ADA’ – AB RAUF PUJI KOMITMEN HAMEED
AYER LIMAU 8 September - "Masalah rakyat pukul 1.00 pagi dia ada, pukul 2.00 pagi dia ada. Mesyuarat di pejabat...
’19 SEPTEMBER BUAH BARU MASAK, KITA TUNGGU BUAH GUGUR…’
AYER LIMAU 8 September - "19 September buah baru masak, kita tunggu buah gugur..." demikian kiasan Ketua Menteri Melaka Datuk...
WRUR SUDAH JELAJAH 27 DUN, BERAKHIR DI TANJUNG BIDARA
AYER LIMAU 8 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki siri ke-27 di Dewan Undangan Negeri (DUN)...
RM1.06 JUTA BANTU 42 KELUARGA AYER LIMAU NIKMATI KEDIAMAN LEBIH SELESA
AYER LIMAU 8 September - Sebanyak RM1.06 juta diperuntukkan bagi membantu 42 keluarga di Ayer Limau menerusi kerja baik pulih...
