
Suami isteri ditahan bantu siasatan kes letupan
KUALA LUMPUR, 4 Jan — Sepasang suami isteri masing-masing berumur 33 dan 30 tahun, ditahan polis semalam bagi membantu siasatan kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, Khamis lepas.
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata mereka ditahan pada 7.30 malam di sebuah taman perumahan di Serdang, Kedah.
“Kedua-dua individu itu telah direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa depan dan polis percaya dengan penahanan ini, ia dapat membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sasikala berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes berkenaan.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun maut selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet keretanya meletup.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan ada bunyi letupan di tempat kejadian pada 8.55 malam, 29 Dis lepas.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BELANJAWAN 2027: 100,000 LANGGANAN AI PERCUMA UNTUK ANAK MUDA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Sebanyak 100,000 lagi langganan kecerdasan buatan (AI) percuma bakal ditawarkan kepada golongan muda, termasuk akses...
INTI PATI BELANJAWAN 2027
KUALA LUMPUR, 9 Okt - Berikut merupakan inti pati Belanjawan 2027 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’...
BELANJAWAN 2027: MELAKA BAKAL MILIKI PUSAT PERMATA KURNIA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Melaka antara dua negeri dipilih untuk pembinaan Pusat Permata Kurnia baharu yang menyediakan pendidikan, sokongan...
BELANJAWAN 2027: RM935 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK PELANCONGAN DAN BUDAYA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Sebanyak RM935 juta diperuntukkan bagi sektor pelancongan dan budaya menerusi Belanjawan 2027 susulan keputusan kerajaan...
BELANJAWAN 2027: MELAKA NEGERI TUMPUAN PELABURAN, PEMBANGUNAN BAKAT
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Melaka dipilih sebagai negeri tumpuan pelaburan dan pembangunan bakat menerusi inisiatif Melaka Centre of Excellence....
BELANJAWAN 2027: SUNGAI RAMBAI BAKAL MILIKI BALAI POLIS BAHARU
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Sungai Rambai, Melaka antara tiga lokasi yang dikenal pasti bagi pembinaan balai polis baharu menerusi...
