Sukan Melaka 2024: Syarat baharu tiga pemain berusia bawah 20 tahun

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 29 November – Sekurang-kurangnya tiga pemain yang didaftarkan menyertai kejohanan Sukan Melaka 2024 perlu berusia di bawah 21 tahun.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam ia bagi bertujuan bagi membolehkan pemain berkenaan dinilai sekali gus berpeluang untuk menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan datang.

Katanya, Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka akan membuat pindaan ke atas syarat penyertaan bagi setiap jenis sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Melaka 2024 iaitu bola sepak, futsal, bola jaring, sepak takraw dan bola keranjang serta satu lagi penambahan acara iaitu badminton.

“Atas kesinambungan daripada penganjuran Sukan Melaka 2023, pihaknya mengenal pasti 96 atlet baharu berusia antara 13 hingga 20 tahun untuk diketengahkan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang bakal diadakan pada 17 hingga 24 Ogos tahun hadapan.

“Daripada jumlah itu, 13 atlet baharu dikenal pasti dalam acara bola sepak, futsal (19), bola jaring (8), sepak takraw (26) dan bola keranjang (30).

“Mereka ini diberikan jurulatih sepenuh masa atau separuh masa supaya menyertai sebarang kejohanan yang dianjurkan selain perlu menunjukkan prestasi cemerlang bagi melayakkan mereka menyertai SUKMA,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada hari ketiga Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

649
Kongsi :
Previous post DUN Melaka lulus Bajet 2024
Next post Pantun KM tarik perhatian dewan
Ubah saiz-+=