DUN Melaka lulus Bajet 2024

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

SERI NEGERI 29 November – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Rabu, meluluskan Bajet 2024 Melaka yang bertemakan ‘Menelusuri Warisan, Mengembalikan Kegemilangan’.

Dalam sesi undian selepas ucapan penggulungan pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, menyaksikan seramai 24 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokong Usul dan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024.

“Sementara itu dua Adun Dr. Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) dan Dr. Mohd Yadzil Yaakub (PN-Bemban) mengambil sikap berkecuali, manakala dua Adun yang tidak hadir ketika pengundian adalah Adly Zahari (PH-Bukit Katil) dan Datuk Muhammad Jailani Khamis (BN-Rembia).

“Bajet 2024 Melaka dibentangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Isnin dengan 16 Adun menyertai sesi perbahasan.

“Menurut Ab Rauf, Bajet 2024 ini penting dalam usaha Kerajaan Negeri mengembalikan semula kegemilangan Negeri Melaka selepas pasca pandemik COVID-19.

“Negeri Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan dan ekonomi yang tersohor ketika era Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, justeru kita perlu mengangkat Melaka sebagai destinasi pelancongan utama di seantero dunia.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli yang berhormat, sama ada yang berhormat kerajaan mahupun bukan kerajaan yang mengambil bahagian dalam perbahasan Enakmen Perbekalan 2024 ini.

“Sudah tentu enakmen ini menyentuh pelbagai ehwal dan perkara, demi kebaikan rakyat yang umumnya selari dengan fokus utama Kerajaan Negeri,” katanya.

Ab Rauf berkata, beliau memberikan perhatian serius terhadap semua intipati perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2024 itu selagi mana ia boleh membawa manfaat kepada rakyat dan Negeri Melaka secara keseluruhan.

“Saya yakin kita semua sama ada yang berhormat kerajaan mahupun yang

berhormat bukan kerajaan mempunyai tanggungjawab dan amanah besar perlu dilunaskan.

“Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan bukan sahaja kepada rakyat yang diwakili, lebih-lebih lagi kepada Negeri Melaka yang kita cintai dan sayangi ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

831
Kongsi :
Previous post Sistem ‘Bed Management Unit’ diperluas secara berperingkat
Next post Sukan Melaka 2024: Syarat baharu tiga pemain berusia bawah 20 tahun
Ubah saiz-+=