Sulaiman dengar isi hati penduduk Lendu

Masa Membaca:58 Saat

LENDU 7 Nov – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini, mengadakan ziarah kasih bagi menyantuni penduduk di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.

Beliau yang juga bekas ADUN kawasan itu mengadakan ziarah ke beberapa buah rumah di Kampung Tanah Merah Baharu dan Taman Indah.

Ketika menziarah seorang ibu tunggal, Hatijah Ibrahim, 67 beliau sempat bertanyakan beberapa isi hati dan pandangan rakyat kawasan itu.

Katanya, antara perkara yang dibangkitkan ialah pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan berkenaan.

“Apabila An (saya) hadiri program Ziarah Kasih, perkara yang menjadi keutamaan An adalah mendengar sendiri permasalahan dan isi hati mereka.

“Seperti hari ini, An mengadakan Ziarah Kasih bagi menyantuni Puan Hatijah Ibrahim, 67, seorang ibu tunggal yang menetap di Kampung Tanah Merah Baharu, Lendu.

“Ada beberapa perkara yang dibangkitkan olehnya termasuk permohonan bagi pembinaan rumah PPR di kawasan berkenaan. InsyaAllah, An ambil maklum,” katanya.

MENZIARAHI rumah Mastura Mat Noor yang mengalami sakit lumpuh separuh badan.

Selain itu, beliau turut berkesempatan menziarahi Mastura Mat Noor, 62, dari Taman Indah yang mengalami sakit separa lumpuh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

610
Kongsi :
Previous post Norhizam umum bertanding Pengkalan Batu atas tiket Bebas
Next post Penyokong tidak dibenar hadir ke pusat penamaan calon esok – SPR
Ubah saiz-+=