Sulaiman terima B.K.C dahului penganugerahan Bintang, Pingat Kebesaran MGBM

Masa Membaca:47 Saat

SERI NEGERI 25 Jun – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mendahului senarai penerima apabila dianugerahkan Bintang Khidmat Cemerlang (B.K.C) pada Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Kebesaran Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) kali ke-42.

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat Yang di-Pertua Negeri, di sini hari ini.

B.K.C. yang diterima Sulaiman merupakan anugerah tunggal yang dianugerahkan pada istiadat itu, manakala 73 penerima lain bakal dianugerahkan Pingat Bakti Belia (P.B.B) disampaikan Tun Mohd Ali.

B.K.C. mula dianugerahkan pada 1978 kepada orang perseorangan yang telah memberi atau terus menyumbang jasa dan memberi khidmat bakti kepada MGBM.

Anugerah itu telah dikurniakan kepada Ketua-ketua Menteri/ Menteri-Menteri Besar, Menteri-Menteri, Ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri, EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan lain-lain yang setaraf.

-Berita lanjut menyusul-

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1298
Kongsi :
Previous post Ab Rauf luluskan peruntukan segera baiki kediaman mangsa ribut
Next post ADUN Asahan dahului 73 penerima Pingat Bakti Belia
Ubah saiz-+=