Sorting by

×

‘SUMBANGAN INI AMAT BERMAKNA UNTUK SAYA’

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

REMBIA 10 Februari – Sumbangan sempena Tahun Baharu Cina sebagai tanda ingatan daripada Kerajaan Negeri dianggap amat bermakna buat Fong Chin Pu, 53.

Apa tidaknya ketika orang lain sedang sibuk melakukan persiapan menyambut Tahun Baharu Cina pada 17 Februari ini dia bergelut dengan masalah kewangan akibat hilang pekerjaan.

Senyuman jelas terukir pada raut wajah bapa kepada empat anak ini apabila menerima sumbangan RM100 yang amat membantunya dalam melakukan persiapan ala kadar untuk menyabut Tahun Baharu Cina.

“Buat pertama kali saya terima sumbangan seperti ini yang amat melegakan, tidak banyak tetapi ada sedikit wang belanja untuk sambutan Tahun Baru. Terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tidak pernah melupakan golongan kurang berkemampuan.

“Semua ini bukti kerajaan pimpinan Ketua Menteri amat cakna dan prihatin terhadap rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Tahun Baharu Cina Tahun 2026 di Dewan Japerun Rembia, semalam.

Penyerahan sumbangan kepada penerima disempurnakan Setiausaha Politik Ketua Menteri MelakaDatuk Abdul Hakim Abdul Wahid yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan, Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam serta Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Zahari Abd Kalil.

Perasaan terima kasih dan gembira turut dikongsi Chong Kwong Meng, 67, apabila buat pertama kali isterinya Tey Yoke Kuan, 64, menerima sumbangan berkenaan.

“Sekarang saya tak dapat bekerja macam dulu kerana masalah lutut, jadi bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami. Apa yang penting saya gembira dan Kerajaan Negeri khususnya Ketua Menteri memang jaga rakyat Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

413
Kongsi :
Previous post MAIM PELAWA SAUDARA MUSLIM BAHARU SERTAI KHATAM AL-QURAN RAMADAN
Next post TAMAN PERMAINAN TAMAN 1 KRUBONG KINI LEBIH MESRA OKU