
MAIM PELAWA SAUDARA MUSLIM BAHARU SERTAI KHATAM AL-QURAN RAMADAN
AYER KEROH 10 Februari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempelawa saudara Muslim baharu di negeri ini untuk menyertai Program Khatam Al-Quran Mualaf yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadan 2026.
Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, inisiatif itu sebagai usaha mengimarahkan bulan suci serta memperkukuh penghayatan al-Quran dalam kalangan mualaf di negeri ini.
“Program ini dilaksanakan setiap tahun dan melibatkan penyertaan mualaf yang membaca al-Quran secara berperingkat bermula dari pagi sehingga selesai khatam sebelum diraikan dalam satu majlis khas.
“Kejayaan saudara baharu Muslim menamatkan bacaan al-Quran sehingga khatam menjadi bukti kesungguhan mereka mendalami ajaran Islam.
“Syukur apabila saudara baharu ini mampu menamatkan bacaan al-Quran dengan jayanya. Semoga hati kita dan hati mereka sentiasa terbuka luas untuk mengalunkan ayat suci al-Quran dengan penuh keimanan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Shaifulfazlee memaklumkan MAIM turut menyalurkan sumbangan Ramadan dan Syawal kepada 2,150 mualaf dewasa serta dan 100 kanak-kanak bagi tahun ini.
“Semua penerima boleh mengambil sumbangan tersebut di Kompleks Darul Huda, Balai Islam MAIM yang dibuka semula pada 21 hingga 26 Februari ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
FIESTA ADAT PERPATIH MELAKA 2026 ANGKAT WARISAN, BUDAYA
TABOH NANING 12 Ogos - Fiesta Adat Perpatih Negeri Melaka 2026 yang bakal dianjurkan pada 5 September depan di Rumah...
FELDA HUTAN PERCHA SERLAH KEUNIKAN, WARNA-WARNI BUDAYA DESA
MACHAP JAYA 12 Ogos - Kepelbagaian budaya, makanan dan produk pelancongan menjadikan Felda Hutan Percha bukan sekadar sebuah penempatan luar...
AIR MATA TANDA SYUKUR, IMPIAN MILIKI KEDIAMAN SELESA TERCAPAI
GADEK 12 Ogos - Air mata menjadi tanda kesyukuran seorang warga emas selepas impian untuk memiliki kediaman lebih selesa menjadi...
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...

