
Sungai Melaka melimpah, Kampung Morten dinaiki air
BANDARAYA MELAKA 18 Dis – Hujan lebat yang berlarutan sejak petang semalam membuatkan paras air Sungai Melaka naik terlalu tinggi dan melimpah ke kawasan sekitar.
Tinjauan Melaka Hari Ini di sekitar Kampung Morten dan Pengkalan Rama mendapati, terdapat beberapa kampung dan kawasan perumahan di situ dinaiki air.
Bagaimanapun situasi banjir di kawasan itu masih lagi terkawal dengan hanya beberapa rumah dinaiki air buat masa ini.

Selain perumahan penduduk, situasi itu turut menyebabkan mercu pelancongan negeri ini, Melaka River Cruise terpaksa dihentikan operasi buat sementara waktu.
Ia berikutan paras air yang terlalu tinggi dan aliran deras di Sungai Melaka.
Difahamkan, setakat jam 4 petang ini, pintu baraj Sungai Melaka masih dibuka 100 peratus bagi mengeluarkan air sungai ke laut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SALHAH MAHU KAWASAN LAPANG ‘DIHIJAUKAN’, BERI MANFAAT KEPADA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
AYER KEROH 29 September - Kerajaan Negeri mahu kawasan lapang yang disediakan dalam pembangunan perumahan di Melaka dimanfaatkan sebaiknya bagi...
DULU SELENGGARA SENAPANG, KINI TUAI CENDAWAN
AYER LIMAU 29 September - Jika dahulu rutin hariannya bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dipenuhi tugas membaiki dan menyelenggara sistem...
JIMAT RM50, TAPI DAPAT BELI MACAM-MACAM
PENGKALAN BATU 29 September - Kupon bernilai RM50 yang diagihkan kepada orang ramai bersempena Jualan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) amat...
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...

