Suntik semangat murid kenali tokoh kelahiran Masjid Tanah

Masa Membaca:58 Saat

LENDU 9 Mei – Pertandingan Pengkisahan Kembara Sejarah ProBEST @AG kini sedang berlangsung menjadi medium terbaik dalam menyemai semangat sayangkan negara dan mencintai subjek sejarah.

Timbalan Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah, Azlina Kudus berkata, pertandingan itu membabitkan 76 peserta murid tahun lima dan enam mewakili 38 sekolah kebangsaan (SK) seluruh Parlimen Masjid Tanah.

Azlina berkata, pertandingan itu dimulakan di SK Othman Syawal, pada 7 Mei lalu sebelum diteruskan mengikut giliran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sudah ditetapkan

Menurutnya, menerusi pertandingan itu murid akan bercerita mengenai tokoh lahir di DUN masing-masing mengikut gaya dan kreativiti masing-masing.

“Pertandingan dimulakan dengan peringkat DUN Kuala Linggi disusuli DUN Lendu dan DUN Tanjung Bidara. Sementara itu hari ini berlangsung pertandingan peringkat DUN Ayer Limau dan diakhiri di DUN Taboh Naning esok.

“Juara setiap DUN akan beraksi pada pentas akhir yang pada 20 Jun depan dan lebih istimewa majlis itu dijangka dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Pertandingan ini mampu memastikan murid memahami dan mencintai subjek sejarah, sekali gus meningkatkan semangat patriotik yang perlu disuntik seawal di bangku sekolah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

94
Kongsi :
Previous post ‘Dating’ sampai ke dalam sungai
Next post Pelajar tingkatan dua tunggang motosikal maut, rakan cedera
Ubah saiz-+=