
Pelajar tingkatan dua tunggang motosikal maut, rakan cedera
KOTA TINGGI, 10 Mei – Seorang pelajar Tingkatan Dua maut manakala rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggang mereka dilanggar sebuah kereta ketika memasuki simpang di Kilometer 1.0 Jalan Bandar Penawar-Punggai, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora dalam kenyataan berkata remaja lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Solariz itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada kira-kira 6.50 petang.
Menurutnya motosikal mangsa yang dipercayai dari arah Desaru menuju ke Taman Desaru Utama dirempuh kereta jenis Kia Rio dipandu seorang wanita yang berada di laluan lurus.
“Penunggang motosikal itu dipercayai tidak memakai topi keledar, manakala pembonceng memakainya.
“Jenazah mangsa telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan, manakala rakannya yang mengalami kecederaan patah tangan kiri masih mendapat rawatan di hospital sama,” katanya.
Hussin berkata pemandu wanita berusia 22 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAHASISWA USM SUMBANG TENAGA, INDAHKAN MASJID AYER PASIR
MACHAP JAYA 28 Oktober - Sukarelawan melibatkan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) bergotong-royong membersihkan membersihkan Masjid Ayer Pasir dan menyantuni ...
PRN MELAKA: ZAHARI TIDAK KECEWA, TEKAD BERJUANG DENGAN ‘CIKGU MUS’ DI DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 28 Oktober - Tidak terpilih mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...
MPBN MELAKA BAWA SUARA BELIA, USUL 2026 DIBAHAS
BANDARAYA MELAKA 28 Oktober - Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Melaka menjadi platform penting untuk mengangkat suara...
SKUASY WANITA MELAKA AKHIRI PENANTIAN 32 TAHUN RAIH EMAS
BANDA HILIR 28 Oktober - Pasukan skuasy wanita Melaka menamatkan penantian selama 32 tahun untuk meraih pingat emas acara berpasukan...
MELAKA SALUR LEBIH RM3.4 JUTA PERKASA BELIA
BANDARAYA MELAKA 28 Oktober - Lebih RM3.4 juta diperuntukkan bagi memperkasa program persatuan belia serta menaik taraf kemudahan sukan di...
MELAKA SEDIA RM10.9 JUTA PERKASA PEMBANGUNAN SUKAN 2026
BANDA HILIR 28 Oktober - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM10.9 juta bagi pembangunan sukan sepanjang 2026, kata Ketua Menteri Datuk...
