SWCorp tubuh pasukan khas kutip sisa banjir

Masa Membaca:56 Saat

PAYA RUMPUT 19 September – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka menubuhkan satu pasukan khas sebagai persiapan menghadapi bah besar dan Monsun Timur Laut yang dijangka melanda negara pada pertengahan November ini.

Pengarahnya, Khairuladha Ab Mutalib berkata pihak telah membuat persediaan rapi bagi melakukan kerja-kerja kutipan sisa banjir pada tahun ini.

Ujarnya, ketika banjir melanda pada Disember 2021 sehingga Januari 2022, sebanyak 100 tan sisa sampah telah dikutip pihaknya yang mana jumlah itu meningkat berbanding kutipan tempoh sama pada Disember 2020 hingga Januari 2021 dengan jumlah kutipan 98 tan sampah.

“Seperti ramalan daripada Jabatan Meteorologi, taburan hujan akan meningkat dan Fenomena Monsun Timur Laut akan berlaku menyebabkan bah besar melanda negara pada November ini, di peringkat SWCorp, kita sudah bersedia sepenuhnya.

“Penubuhan pasukan khas dengan pekerja yang mencukupi juga telah direncanakan dengan kerjasama daripada pihak berkaitan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Perasmian Projek Inovasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1680
Kongsi :
Previous post Mangsa banjir di PPS Melaka menurun
Next post Sampah di Melaka semakin berkurangan
Ubah saiz-+=