Sampah di Melaka semakin berkurangan

Masa Membaca:57 Saat

PAYA RUMPUT 19 September – Jumlah janaan sampah di negeri ini menurun daripada 1,000 tan sehari kepada 950 tan sehari dalam tempoh dua bulan iaitu pada bulan Julai dan Ogos tahun ini.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka Khairuladha Ab Mutalib berkata, walaupun negeri ini menjadi tuan rumah bagi beberapa program dan acara besar peringkat negeri dan kebangsaan, namun tiada kutipan sampah secara luar biasa direkodkan.

Justeru, beliau berkata, tren penurunan itu menggambarkan tahap kesedaran orang awam terhadap pembuangan sisa pepejal dan kitar semula semakin meningkat.

“Mengikut rekod dan data dari Pusat Pengumpulan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang menunjukkan rekod dari Januari hingga Jun 2022 purata sampah dihantar ke pusat pelupusan itu sebanyak 1,000 tan sehari.

“Namun pada bulan Julai dan Ogos terdapat penurunan kepada 950 tan sehari jumlah sampah dan tren ini dilihat adalah keberhasilan dari kempen yang terus menerus terhadap kitar semula dan penggunaan sisa pepejal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Majlis Perasmian Projek Inovasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2097
Kongsi :
Previous post SWCorp tubuh pasukan khas kutip sisa banjir
Next post Sembilan pelajar sekolah menengah didakwa cederakan rakan
Ubah saiz-+=