Syntronixs Asia kini sebahagian Infineon Technologies

Masa Membaca:49 Saat

MELAKA 29 Nov – Pengeluar semikondukor global dari Jerman, Infineon Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd (Infineon) mengambil alih syarikat penyaduran elektrik yang berpangkalan di Melaka, Syntronixs Asia Sdn Bhd (Syntronixs Asia).

Beroperasi sejak tahun 2006, Syntronixs Asia mempunyai lebih 500 tenaga kerja dan menjadi penyedia perkhidmatan utama Infineon sejak dua tahun lalu.

Syntronixs mempunyai kepakaran dalam penyaduran elektrik iaitu proses utama dalam pemasangan semikonduktor Infineon yang memerlukan pengeluaran produk berkualiti dan kebolehpercayaan (reliability) tinggi.

Naib Presiden Eksekutif Infineon, Alexander Gorski yang bertanggungjawab di sebalik operasi syarikat terbabit berkata, pihaknya perlu mengambil langkah sewajarnya bagi meningkatkan mutu penghasilan produk.

“Infineon komited untuk mengambil langkah itu demi memastikan penghasilan produk dipertingkatkan secara global,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Automatif Infineon, Dr Thomas Kaufmann berkata, susulan langkah mengambil alih Syntronixs Asia, pihaknya akan terus meningkatkan rantaian bekalan Infineon.

“Melalui pengambilalihan ini, kami telah membuat satu lagi langkah penting untuk mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan kami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4389
Kongsi :
Previous post Singapura terbuka terima cadangan baharu dari Malaysia berkaitan HSR – PM Lee Hsien Loong
Next post PM Ismail Sabri sifatkan lawatan rasmi pertama ke Singapura berjaya
Ubah saiz-+=